KUALA LUMPUR: Selepas dikecam ekoran laporan yang mendakwa filem The Batman diulang semula tayangannya gara-gara adanya orang kenamaan (VIP) yang datang lambat, pengendali rangkaian pawagam Tanjung Golden Village Cinemas (TGV) tampil menjelaskan keadaan sebenarnya.
Dalam satu kenyataan, TGV memberitahu, filem tersebut perlu dimulakan kembali tayangannya bukan disebabkan kelewatan VIP tetapi disebabkan masalah teknikal.
TGV menyatakan, pihaknya telah menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian tersebut dan mendapati isu teknikal di dewan IMAX di TGV Vivacity membuatkan ia perlu diulang semula tayangannya.
“Kelewatan sesi tayangan disebabkan isu teknikal di dewan IMAX kami, dan bukan disebabkan oleh ketibaan VIP yang lewat seperti yang salah dilaporkan melalui beberapa media.
“Di TGV, kami menghormati dan melayan semua tetamu kami secara sama rata dengan keutamaan.
“Kami ingin memberi jaminan kepada semua orang bahawa keputusan untuk memulakan semula filem itu tidak dipengaruhi oleh kelewatan VIP dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul,” kata kenyataan tersebut.
TGV juga memaklumkan, walaupun isu teknikal sudah diperbetulkan, timbul pula masalah komunikasi antara pekerja untuk membenarkan tayangan jam 7.15 malam dimulakan tepat pada masanya.
“Ia menyebabkan pertunjukan pada jam 7.15 malam ditangguhkan. Pada ketika itu, 20 peratus penonton sudah memasuki dewan manakala baki 80 peratus masih menunggu di foyer dan masuk selepas tayangan dimulakan.
“Kami mengakui keputusan untuk berhenti dan memulakan semula filem itu menyusahkan pelanggan kami.
“Seperti yang dinyatakan dalam kenyataan awal kami, ini bukan dasar penyaringan kami. Kami memberi jaminan bahawa kami sedang mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan kejadian ini tidak berulang,” katanya.
Selain itu, sebagai tanda permohonan maaf, TGV juga menawarkan dua tiket percuma dan bayaran balik penuh kepada pelanggan yang terjejas.
Sebelum ini, terdapat aduan yang mendakwa tayangan filem The Batman di TGV Vivacity pada 5 Mac lalu dimulakan semula selepas 45 minit disebabkan beberapa VIP yang tiba lewat.
TGV juga menerusi satu kenyataan awal tampil memohon maaf kepada pelanggannya berikutan aduan filem 'The Batman' terpaksa ditayang semula dari awal gara-gara kelewatan tetamu kenamaan (VIP) selepas 45 minit ditonton.
Astro Awani
Mon Mar 07 2022
Selain itu, sebagai tanda permohonan maaf, TGV juga menawarkan dua tiket percuma dan bayaran balik penuh kepada pelanggan yang terjejas. - Gambar fail
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
The Batman kini boleh distrim di HBO GO
The Batman diterbitkan oleh Warner Bros. Pictures, DC Films, 6th & Idaho, and Dylan Clark Productions dan diedarkan oleh Warber Bros Pictures.
Filem 'The Batman' dimulakan semula kerana masalah teknikal, bukan VIP tiba lewat - TGV
TGV menjelaskan filem tersebut perlu dimulakan kembali tayangannya bukan disebabkan kelewatan VIP tetapi disebabkan masalah teknikal.
Alami dunia Batman di Sunway Pyramid
Ia adalah satu-satunya tarikan berkaitan Batman yang diadakan di Malaysia, bersempena filem Batman terbaharu.
Treler baharu 'The Batman' papar sisi gelap Robert Pattinson sebagai adiwira
'The Batman' akan mula menemui peminat di pawagam pada 4 Mac 2022.
Robert Pattinson dilapor positif COVID-19, penggambaran 'The Batman' ditangguh
Sesi penggambaran "The Batman" yang bermula September tahun lalu tertangguh pada Mac tahun ini susulan pandemik.
Bagaimana karisma Robert Pattinson? Trailer 'The Batman' sudah raih lebih 16 juta tontonan
Filem terbaharu itu bakal menyaksikan bagaimana kehidupan awal Bruce Wayne sebelum menjadi Batman.
Produksi filem 'The Batman' dihentikan gara-gara COVID-19
Matt Reeves membuat pengumuman itu pada Rabu sebagai reaksi kepada pertanyaan peminat sama ada filem itu ditangguh akibat pandemik COVID-19.